Friday, 12 July 2019

6 Tips Lulus dalam Peperiksaan.

Ramai yang kata nak lulus tu bukan perkara yang mudah. Tapi sebenarnya sangat senang, yang susahnya kalau tak belajar. Bagi kebanyakan orang (terutamanya yang selalu gagal) nak dapat "A" tu yang paling sukar. Kalau nak "A" memang tak dapatlah kalau tak guna tips-tips yang saya bagi ni. Macam ada satu kata-kata semangat ni la..."Kalau kau kejar "A", ilmu akan lari dari kau. Tapi kalau kau kejar ilmu itu, "A" akan datang kat kau". Baik, tanpa membuang masa lagi, terimalah tips-tips untuk menjadi seorang pelajar cemerlang (nak lulus dalam pelajaran/peperiksaan).








#1: Pilih satu MATLAMAT untuk teruskan usaha meningkatkan kualiti pelajaran tersebut. Kalau tak, kita akan jadi buntu, tak tahu hala tuju dan tujuan kita belajar untuk apa. "Ok, aku ni belajar untuk aku jadi orang yang berjaya, boleh aku dapat ijazah nanti." Ini adalah contoh niat yang baik tau.

#2: Kalau kita baca sebuah buku, pastikan kita faham maksud cerita/apa yang dibaca supaya kita tahu apa isi buku tu yang penulis tu nak sampaikan kepada pembaca buku itu. Ni nak bagitau. Beza tau antara kalau kita nak hafal dengan kita nak faham. Kalau hafal kita hafal jelah tapi kita tak tahu pun apa isinya. Contoh, macam kita hafal lagu, bukan kita faham isi lagu tu and just kita nyanyi je padahal isi dia tak elok, contoh ok. Sama juga kita hafal sesuatu ayat atau frasa dalam subjek Bahasa Malaysia. "Saya suka makan ayam goreng". Kita tak faham maksud ayat tu tapi kita hafal. Kalau kita faham, pasti kita boleh tukar -tukar sikit ayat tu tapi maksudnya tetap sama seperti "Saya gemar makan ayam goreng". Lihat, maksudnya tetap sama tetapi perkataan gemar dan suka sahaja ditukar. Sebelum kita pergi ke nombor yang seterusnya, saya nak ingatkan bahawa kalau nak hafal pastikan hafal dan faham ya!!

#3: Kita mesti biasakan menulis kata kunci atau sesuatu ringkasan bagi setiap subjek pada satu kertas kecil pun takpa supaya nota yang kita tulis tu boleh jadi bahan bacaan selain kita baca buku. So, kalau kita nak exam kan, kita mesti punya bawa buku teks yang tebal tu dan kalau kita bawa kertas yang ada nota je, kita boleh je tak bawa buku kan? Buat berat je beg tu๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.

#4: Bertanya kalau tak faham sesuatu perkara. Jangan malu untuk bertanya. Pepatah melayu ada mengatakan juga, "Malu bertanya sesat jalan". Sebagai contoh, "Alamak, Iman tu apa ya? Kalau aku tanya orang lain, pasti kawan-kawan aku ketawakan aku sebab aku ni tak tahu apa-apa, asyik tanya je". Kalau macam nilah kita, tak lulus lah jawabnya. Ok, korang kena tahu ni..."You ask, you success. No ask, you fail". Tapi jangan pula kata yang "Aku tak tanya pun tapi aku selalu lulus". Orang yang kata macam nilah, selalu lulus dalam pelajaran tanpa tujuan macam yang no 1 tadi tapi tak selalu lulus dalam kehidupan. Nak tahu kenapa, tanyalah diri sendiri.๐Ÿ˜‰

#5: Gunakan perkataan akronim supaya cepat ingat tetapi jangan pula tulis akronim pada exam nanti ye. Nanti tak pasal-pasal kena tolak markah walaupun jawapannya betul. Oh ya, mesti ramai yang tak tahu akronim tu apa kan? Macam ni, akronim adalah singkatan atau ringkasan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam subjek Bahasa Inggeris, 'Place the Keywords' boleh jadi 'PTK'. Dalam negara kita pun banyak kegunaan akronim seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dijadikan sebagai 'KPM'. Itu membuatkan Akronim sebagai teknik yang bagus bagi mencepatkan proses menghafal dan mengingat sesuatu.

#6: Ya! Betul tu, ini adalah tips yang terakhir tau. Jangan ketinggalan! Dengar sesuatu video atau tonton siaran televisyen yang berkenaan dengan pelajaran macam siaran Astro Tutor TV, Astro TVIQ, National Geographic, Discovery Channel dan banyak lagi. Jadi...kita boleh juga dapat banyak ilmu yang baru juga tak ada di dalam buku. Boleh juga kita kongsikannya kepada orang lain.

Ok semua! Semoga semua yang akan menduduki peperiksaan berjaya dengan menggunakan tips-tips yang telah saya berikan tadi. Tidak lupa juga pada yang tidak menduduki peperiksaan tapi harap terus success sampai ke hari tua la ye...saya ada juga tips yang berkesan cuma saya tak tulis kat atas sebab tips ni umum tapi boleh jadi asbab kalau korang lulus. "Baca banyak kali agar dapatlah kita bayangkan apa yang kita baca dalam minda kita bila exam nanti."

Tapi apa yang paling penting bagi semua umat Islam, jangan alpa untuk berdoa atas semua usaha, itulah jawapan bagi soalan "Kenapa aku dah belajar bersungguh-sungguh, tapi aku selalu tak pernah dapat A?" Sebab tak berdoa. Jadi, belajarlah dengan penuh usaha dan keberkatan doa, semoga BERJAYA!!!

5 comments: